Sunday, November 21, 2010

kereta

Tersebutlah satu kisah yakni pada zaman dahulu yg mungkin pada ketika itu para kereta di ats dunia ini bernyawa. Hendak dijadikan cerita, ada seekor kereta ini sangatlah tidak beradab sopan lagi angkuh dengan kebolehannya dan juga tidak bersyukur dengan tajaan MARA yg diberikan malah mahu tajaan yg lebih mewah iaitu tajaan KHAZANAH. Kereta yg dimaksudkan adalah yg bernama "McPermaisuri Bercahaya".

pada suatu hari si McPermaisuri Bercahaya ini telah memasuki pertandingan lumba kereta yg dinamakan "Piala Piston". Sepanjang perlumbaan itu dia telah menunjukkan sifat2 mazmumahnya itu seperti sombong bongkak berlagak yg akhirnya membuatkan dia seri dengan 2 buah kereta yg lain di garisan penamat. Untuk menentukan siapakah yg sebenar2 pemenang, pihak penganjur membuat keputusan utk mengadakan satu lg perlumbaan final yg munkin juga lebih dikenali sebagai "sudden death".

Dalam perjalanan ke tempat perlumbaan, si McPermaisuri Bercahaya telah terkandas di sebuah perkampungan terbiar yg dahulunya sgt terkenal dlm kalangan kereta2 musafir sebagai tempat persinggah untuk topap segala keperluan. Perkampungan ini diberi nama "karburator spring". perkampungan ini menjadi terbiar akibat drpd pembinaan lebuh raya utk menjimatkan masa perjalanan bg setiap musafir. Di perkampungan inilah dia belajar apa itu erti rendah diri, kasih sayang, persahabatan, dan hormat menghormati antara satu sama lain yg merupakan ciri2 amat dituntut dlm Islam. Di sini jugalah dia bertemu dgn awek pilihan hatinya. Akhirnya McPermaisuri Bercahaya telah jatuh hati pada perkampungan terbiar itu ats sebab nilai2 kekeretaan yg ada di situ. Walaubagaimanapun, dia terpaksa meninggalkan perkampungan itu bagi meneruskan perjuangannya merebut piala piston.

Perlumbaan bermula. McPermaisuri Bercahaya seolah2 hilang arah tujuan. Dia kelihatan terpinga2 dan tidak berdaya utk menamatkan perlumbaan tersebut dlm kedudukan teratas.
Tiada krew utk membantu menukar tayarnya. tiada ketua utk memberi arahan kpdnya. tiada kawan utk memberi sokongan. Yg ada hanyalah dirinya yg terumbang ambing itu. hilang semangat barangkali kerana terpaksa meninggalkan kawan2nya di "karburator spring".

Keadaan itu berterusan sehinggalah rakan2 daripada perkampungan karburator spring datang utk memberikan sokongan kepadanya dan berkhidmat sebagai krew. McPermaisuri Bercahaya mulai mendapat mendapat semangat apabila slh seorg drpd rakannya yg berkhidmat sebagai krew berkata "kami dtg sini bukan utk tgk awak kalah". Perlumbaan kembali rancak. ada diantara peserta lain yg cuba bermain secara kotor, namun pengalaman McPermaisuri Bercahaya di pekan Karburator Spring" nyata sangat berguna. terngiang2 di kepalanya ayat dari seorg pelumba kereta lagenda yg juga merupakan kawannya, "pusing kanan utk ke kiri".

Perlumbaan menuju ke garisan penamat dan McPermaisuri Bercahaya kelihatan mendahulu jauh ke hadapan dan hampir pasti Piala Piston adalah miliknya. sementara itu, jauh di belakangnya kelihatan 2 peserta lain yg saling potong memotong utk mendapatkan tempat ke-2 dan salah seorg drpdnya telah menggunakan taktik kotor yg membuatkan peserta lain tercampak kemalangan dan tidak lg dpt menghabiskan perlumbaan ke garisan penamat.

McPermaisuri Bercahaya yg hampir ke garisan penamat menyaksikan sendiri insiden itu dari skrin besar, lantas dia memberhentikan dirinya yg hampir beberapa cm utk bergelar juara, berpatah balik bagi membantu peserta yg kemalangan itu utk menghabiskan pelumbaan di garisan penamat bersama2. apabila ditanya mengapa, McPermaisuri Bercahaya menjawab "piala tu x penting, ape yg penting kite semua mesti habiskan perlumbaan ini". Lantas seluruh penonton yg hadir memberi sorakan yg gemuruh kepada mereka. Nyata kemenangan bukanlah segala2nya. Selagi kita berusaha dan berbuat baik sesama insan, segalanya pasti akan berkesudahan dgn kegembiraan.

Pekan Karburator spring kembali menjadi tempat persinggahan para musafir.
McPermaisuri Bercahaya masih lg aktif berlumba dan dia mengahwini awek idamannya.s
Dia telah ditawarkan dgn tajaan KHAZANAH seperti yg diimpikannya selama ini, namun di menolaknya dgn cara yg baik ats sbb MARA telah bnyk berjasa kpdnya.



McPermaisuri Bercahaya



awek die


"pusing kanan utk ke kiri"



"karburator spring"


sudden death

Wallahualam

2 comments:

Omar Shafiq Suhaimi said...

haha..siapakah?

arep14 said...

haha,,
nih aku traslate bm jer doe
bpk lopek
ko download ar katun nih
boley tahan best
tajuk die "cars"